PERKHIDMATAN KAMI
PERKHIDMATAN KAMI
Di Hub Usahawan Pahang (HUSH), kami percaya bahawa setiap usahawan — sama ada baru bermula, sedang berkembang atau sedang mencari arah baru — perlu disokong dengan ekosistem yang lengkap, inklusif dan praktikal.
Justeru, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang direka khas untuk memenuhi keperluan komuniti usahawan di Pahang dan seluruh Malaysia.
KONSULTASI & BIMBINGAN USAHAWAN
Kami menyediakan sesi konsultasi secara peribadi bagi membantu anda dalam aspek:
Pendaftaran Ahli Hub Usahawan
Sertai komuniti dinamik Hub Usahawan. Sebagai ahli, anda akan menerima akses eksklusif kepada info peluang perniagaan, latihan, geran, kolaborasi, dan pelbagai manfaat.
Rujukan Rancangan Perniagaan / Resume
Usahawan yang serius perlukan pelan perniagaan yang kukuh. Kami bantu anda merangka dan menilai semula kertas cadangan, profil syarikat, resume usahawan dan dokumen rasmi untuk tujuan pinjaman, pelaburan atau permohonan geran.
Penganjuran Program Keusahawanan
Kami aktif bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menganjurkan program latihan, bengkel dan seminar yang memfokuskan kepada belia, B40, golongan OKU, Orang Asli serta komuniti luar bandar.
PRODUK & PROMOSI
Hub Usahawan bukan sekadar tempat berkumpul — ia juga ruang untuk anda menjual, mempromosi dan mengembangkan produk.
Sewaan Tapak & Ruang Vendor Produk
Kami sediakan tapak fizikal dan booth jualan untuk vendor produk tempatan yang ingin memperkenalkan produk kepada khalayak lebih luas.
Jualan Produk Usahawan Pahang
Kami bantu promosikan produk ahli menerusi jaringan fizikal dan digital Hub Usahawan. Produk anda boleh dijual melalui platform rasmi kami dan pameran khas.
Material Promosi & Pemasaran
Dapatkan bantuan dalam penyediaan bahan promosi seperti poster, katalog, profil syarikat, serta konten digital untuk media sosial.
Hebahan & Informasi
Kami aktif menyebarkan peluang-peluang bisnes, pembiayaan dan info semasa kepada ahli melalui grup WhatsApp, Telegram dan media sosial rasmi kami.
KEMUDAHAN & RUANG SEWA
Kami menyediakan pelbagai ruang bagi menyokong aktiviti keusahawanan dan pembangunan komuniti:
Sewaan Ruang Seminar & Bilik Mesyuarat
Lengkap dengan fasiliti asas untuk bengkel, mesyuarat, taklimat dan program latihan. Lokasi strategik, kemas dan selesa.
Penginapan Bajet / Homestay
Untuk peserta program luar daerah atau pengunjung. Disediakan pada kadar mampu milik.
Coworking Space & Virtual Office
Untuk usahawan digital, freelancer, dan startup. Gunakan alamat pejabat Hub Usahawan untuk urusan rasmi sambil bekerja dari mana-mana lokasi.
KOPERASI HUB USAHAWAN DAN OKU NASIONAL BERHAD (KOPHUBKU)
Koperasi ini ditubuhkan bagi menyokong pembangunan ekonomi golongan usahawan, termasuk OKU. Melalui KOPHUBKU, kami memacu pelbagai inisiatif mikro dan makro ekonomi berasaskan komuniti, keusahawanan sosial dan pemerkasaan golongan istimewa.
HUB USAHAWAN DIGITAL & SMART BELIA
Era digital bukan pilihan, tetapi keperluan.
Kami mendidik, membimbing dan membuka laluan kepada belia untuk menceburi dunia digital, teknologi, inovasi dan keusahawanan global. Program khas disediakan untuk:
Belia FELDA
Asnaf
Ibu Tunggal
Orang Asli
Komuniti Luar Bandar
Kami telah membantu lebih 156,000 usahawan mendapat akses kepada pembiayaan, geran dan peluang keusahawanan yang tidak pernah mereka bayangkan sebelum ini.
APA YANG ANDA PERLUKAN,
KAMI BANTU CARI JALAN
✅ Nak mulakan perniagaan tapi tak tahu dari mana nak mula?
✅ Perlukan ruang kerja atau tempat pertemuan profesional?
✅ Mahu tahu tentang dana, pinjaman dan geran terkini?
✅ Perlukan tempat untuk promosi produk anda?
Kami sedia bantu — dari strategi hingga pelaksanaan.