Cara Memohon Geran dan Dana Perniagaan
Tips untuk Usahawan Kecil
Cara Memohon Geran dan Dana Perniagaan
Tips untuk Usahawan Kecil
Memulakan perniagaan memerlukan modal. Tetapi ramai usahawan kecil tidak tahu bahawa terdapat banyak geran dan dana disediakan oleh kerajaan, agensi dan NGO.
Artikel ini memberi panduan ringkas bagaimana anda boleh memohon geran dan dana dengan lebih berkesan.
Geran: Bantuan kewangan yang tidak perlu dibayar balik, biasanya untuk usahawan mikro dan belia.
Dana / Pinjaman Mikro: Bantuan dalam bentuk pembiayaan mudah atau pinjaman mikro dengan kadar faedah rendah.
Ditawarkan oleh kerajaan (seperti MARA, TEKUN, SME Corp), GLC (seperti TERAJU, PUNB) dan NGO keusahawanan.
Usahawan mikro, belia, wanita, OKU, ibu tunggal, asnaf, orang asli
Perniagaan berdaftar (SSM) atau koperasi
Mempunyai cadangan perniagaan yang jelas
Ada rancangan perniagaan ringkas
Aktif menjalankan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan
Setiap agensi ada fokus tertentu (contoh: wanita, B40, belia, OKU)
Hubungi Hub Usahawan Pahang untuk maklumat terkini geran aktif
Salinan IC, lesen perniagaan (SSM)
Penyata akaun bank (jika ada)
Rancangan perniagaan ringkas
Gambar produk/perniagaan
Pendek, padat, dan jelas
Sertakan maklumat produk, pasaran, pemasaran dan anggaran kos
Lawati portal rasmi agensi
Isi borang permohonan
Sertakan dokumen sokongan
Sesetengah skim mewajibkan sesi pembentangan ringkas (pitching)
Pastikan anda bersedia memperkenalkan perniagaan anda
Proses kelulusan mengambil masa beberapa minggu
Pastikan nombor telefon dan emel aktif
Simpan resit dan laporan penggunaan dana
Sesetengah geran perlu audit atau laporan berkala
Mohon satu skim pada satu masa
Elakkan membuat permohonan palsu atau berlapis
Cari geran yang sesuai dengan bidang anda (pertanian, digital, makanan dll.)
Kerap semak laman rasmi agensi & ikuti media sosial Hub Usahawan Pahang
Kami bantu:
Kenalpasti geran & dana terkini yang anda layak
Sediakan dokumen dan pelan perniagaan
Latihan persiapan pitching dan temuduga
Hebahan terkini melalui media sosial dan group rasmi
Jangan biarkan kekurangan modal menghalang impian anda.
Bantuan ada — cuma perlu tahu bagaimana nak mohon dengan cara betul.
Kami di Hub Usahawan Pahang (HUSH) sedia membantu anda capai cita-cita menjadi usahawan berjaya.