25 Mei, 2025
Sesi Coaching dan Bimbingan Akaun & Cukai Bisnes: Edisi Kuantan
Terima Sambutan Hangat daripada Usahawan Pahang
25 Mei, 2025
Sesi Coaching dan Bimbingan Akaun & Cukai Bisnes: Edisi Kuantan
Terima Sambutan Hangat daripada Usahawan Pahang
Kuantan, 25 Mei 2025
Hub Usahawan Pahang (HUSH Pahang) telah menganjurkan Sesi Coaching dan Bimbingan Akaun dan Cukai Bisnes bertempat di Kuantan, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan usahawan tempatan.
Melalui sesi ini, para peserta mendapat penerangan secara personal dan mendalam mengenai isu serta cabaran dalam mengurus akaun dan percukaian perniagaan masing-masing. Pendekatan secara satu-satu ini membolehkan peserta mengemukakan soalan khusus berkaitan situasi bisnes mereka, sekaligus membuka ruang pemahaman yang lebih jelas terhadap tanggungjawab cukai sebagai usahawan.
Berita baiknya, semakin ramai usahawan Pahang kini mula mengambil langkah proaktif mendaftar cukai buat kali pertama sebagai usahawan berdaftar. Ini merupakan perkembangan positif ke arah mewujudkan komuniti perniagaan yang lebih beretika, teratur dan bersedia berkembang ke tahap seterusnya.
Hub Usahawan Pahang (HUSH Pahang) komited untuk terus menyediakan platform bimbingan dan sokongan bagi membantu usahawan negeri ini memahami aspek kritikal dalam pengurusan bisnes, termasuk hal ehwal kewangan dan pematuhan cukai.