15 Jan, 2025
Program ‘Kick Off’ Usahawan Pahang 2025 & Pengumuman Trip Umrah Usahawan Pahang 2025
Roadmap & Hala Tuju sebagai Usahawan Pahang 2025
15 Jan, 2025
Program ‘Kick Off’ Usahawan Pahang 2025 & Pengumuman Trip Umrah Usahawan Pahang 2025
Roadmap & Hala Tuju sebagai Usahawan Pahang 2025
Pekan, Pahang – 15 Januari 2025
Hub Usahawan Belia Pahang (HUSH) telah berjaya menganjurkan Program ‘Kick Off’ Usahawan Pahang 2025 yang berlangsung di Engage Hall, DRB HICOM University, Pekan dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini dihadiri oleh usahawan muda dan berpengalaman dari seluruh negeri Pahang yang komited untuk merancang langkah lebih strategik menjelang tahun 2025.
Program dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan minum pagi, sebelum peserta disajikan dengan pelbagai perkongsian berimpak tinggi.
Antara pengisian utama program termasuk:
Roadmap & hala tuju Usahawan Pahang 2025
Perancangan pemasaran terkini untuk melonjakkan jualan
Strategi simpanan kewangan dan matlamat jangka panjang
Teknik dan strategi berkesan memohon dana serta pembiayaan usahawan
Lebih menarik, dalam program ini juga telah diumumkan satu lagi inisiatif berinspirasi besar oleh Hub Usahawan Belia Pahang (HUSH) iaitu ‘Umrah Trip Usahawan Pahang 2025’ yang bakal dianjurkan pada Oktober 2025. Program ibadah dan refleksi diri ini terbuka kepada semua usahawan Pahang yang berminat untuk menyertai, sama ada secara individu mahupun bersama keluarga.
Majlis turut menyaksikan detik yang cukup bermakna apabila cabutan bertuah khas untuk ‘Umrah Trip 2025’ diadakan, dan seorang usahawan bertuah telah diumumkan sebagai pemenang utama yang bakal menunaikan umrah bersama Hub Usahawan Belia Pahang (HUSH).
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan tahniah khas buat pemenang cabutan bertuah! Semoga program ini menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keberkatan dalam perjalanan keusahawanan masing-masing.