30 Mei, 2025
Borak-Borak Santai Digital Bersama Pakar Digital Ibnu Basri
Perkongsian Ilmu Bersama Ibnu Basri
30 Mei, 2025
Borak-Borak Santai Digital Bersama Pakar Digital Ibnu Basri
Perkongsian Ilmu Bersama Ibnu Basri
Kuantan, 30 Mei 2025 – Suasana santai tetapi penuh informasi melatari sesi Borak-Borak Santai Digital yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kristal, Wisma TM Mahkota, pada hari Jumaat lalu. Program yang bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari ini telah menampilkan Ibnu Basri, seorang pakar dalam bidang pemasaran digital dan pembangunan kandungan, sebagai tetamu jemputan khas.
Sesi ini memberi fokus kepada topik-topik penting dalam dunia keusahawanan digital seperti penggunaan media sosial secara strategik, kepentingan membina website perniagaan, dan teknik menghasilkan kandungan (content) yang berkesan untuk menarik pelanggan sasaran.
Para peserta terdiri daripada usahawan tempatan yang aktif di bawah inisiatif Hub Usahawan Pahang (HUSH). Mereka berpeluang mengajukan soalan secara langsung, berkongsi cabaran perniagaan digital masing-masing, dan mendapatkan panduan terus daripada pakar dalam suasana yang santai dan interaktif.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan dorongan kepada para usahawan Pahang untuk lebih berani meneroka dunia digital dan memanfaatkan teknologi dalam memajukan perniagaan masing-masing.
Hub Usahawan Pahang (HUSH) akan terus menganjurkan sesi-sesi seumpama ini secara berkala demi memperkasakan komuniti usahawan negeri dengan ilmu dan jaringan yang relevan dalam era ekonomi digital.