20 Mei, 2025
Bengkel Membina Rancangan Perniagaan & Digitalisasi Bisnes Di IKTBN Temerloh
Dorong Usahawan Desa & Belia Kuasai Strategi Digital
20 Mei, 2025
Bengkel Membina Rancangan Perniagaan & Digitalisasi Bisnes Di IKTBN Temerloh
Dorong Usahawan Desa & Belia Kuasai Strategi Digital
Temerloh, 20 Mei 2025
Hub Usahawan Pahang (HUSH) dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh, UNIFI Business Pahang dan LHDNM Pahang telah menganjurkan Bengkel Membina Rancangan Perniagaan & Digitalisasi Bisnes bertempat di Auditorium IKTBN Temerloh bermula jam 9.00 pagi.
Program ini merupakan inisiatif santai berunsurkan ilmu yang menyasarkan pembangunan usahawan desa serta pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar TVET dan belia dari daerah sekitar Temerloh.
Seramai 80 orang usahawan tempatan dan 26 orang pelajar Diploma Teknologi Automotif (DAM 34) IKTBN Temerloh telah menyertai bengkel ini, yang menekankan kemahiran asas membina pelan perniagaan serta penerapan strategi pemasaran digital sebagai keperluan semasa dalam menggerakkan dan mengembangkan perniagaan.
Hub Usahawan Pahang (HUSH) merakamkan penghargaan kepada pihak IKTBN Temerloh selaku rakan kolaborasi atas sokongan padu dalam menjayakan program ini.
Kolaborasi ini diharapkan dapat terus memperkasakan jaringan komuniti usahawan desa dan belia tempatan ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mampan.
Semoga Usahawan Pahang terus maju dan berdaya saing dalam era digital!